Isnin, 24 Januari 2011

sajak:cinta sejati..

Dari mata ia turun kehati,
Itu tanda kasih telah menjadi,
Hanya dunia tidak menyepi,
Kerana cinta sudah ku kecapi,

Cinta sejati pada illahi,
Cinta yang suci dari hati,
Cinta yang ku tepati,
Dari dulu hingga kini,

Pandanglah dari mata yang suci ini,
Bukan dari mata dengki dan benci,
Lagi pun mata menipu mata sendiri,
Kerana ia menjadi bayang yang tidak erti,
Pandanglah dari mata hati yang nurani ini,

Bukakan hati yang suci lagi iklas,
bukan mencari kelemahan diri,
Kotakan apa yang dijanji,
Itulah namanya cinta sejati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan