Sabtu, 29 Januari 2011

lelaki bercinta dikatakan pelik???

@ri nak cerita hari nie CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik.@r! buat topic nie bukan kerana nak naik-naikkan laki yea...seorang lelaki yang sebelum  bercinta or berkahwin keras, kasar dan kurang romantis hu3. Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami dan keras hati.
@r! macam itu lew he3 perasan pula @r! nie!!!!
Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.betul tak u all.. 


  1. Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.
  2. Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata   perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.
  3. Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.
  4. Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak me numpukan perhatian penuh padanya.
  5. Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.
  6. Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.
  7. Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih atau isteri.
  8. Lega apabila pasangan memujuknya.
  9. Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.
  10. Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas


Bagi @r! Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri. Sebenarnya apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikap amat mengejutkan.yea ala dah habis coretan @r!...harap u all setia dan fahamilah insan tersayang k.. byee










Tiada ulasan:

Catat Ulasan